Sekali lagi, TV9 (Saluran 119), melalui jenama Raudhah akan mengimarahkan lagi masjid sekitar Lembah Klang dan Selangor, di samping mengambil inisiatif untuk memperkenalkan masjid sebagai hab komuniti bagi para remaja dan masyarakat setempat. Menerusi Raudhah, pelbagai program menarik di sediakan seperti Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah, Halaqah, Semanis Kurma, Usrah dan Safiyya. Bagi memperkasakan lagi penjenamaan ini, acara padang Raudhah Di Hatiku diperkenalkan dan tahun ini merupakan tahun kedua acara ini dianjurkan.


Tiga lokasi masjid telah dipilih untuk menjayakan Raudhah Di Hatiku pada tahun ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang:


  • Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati 8 September 2012
  • Masjid Al-Falah, USJ9, Subang Jaya 29 September 2012
  • Masjid As-Salam, Puchong Perdana 13 Oktober 2012