Chris Carrabba daripada band Dashboard Confessional (DC) akan beraksi di pentas KL Live pada 22 Feb 2012 ini secara solo.
Menangi 10 tiket untuk diri anda dan rakan-rakan ke konsert akustik ini selain 10 "backstage pass", 10 album CD yang ditandatangani oleh DC dan 1 hadiah istimewa daripada DC!
Cara-cara Penyertaan
Peringkat Awal / Tahap 1 |
|
| 1) | Rakam video nyanyian lagu-lagu Dashboard Confessional (akustik) versi anda dan muat naik ke laman YouTube. |
| 2) | Emelkan pautan video tersebut ke contest.tv9@gmail.com serta isikan butir peribadi anda seperti berikut (bermula 2 hb Februari sehingga 12hb Februari 2012): |
| a) Subjek emel : I LOVE DASHBOARD CONFESSIONAL b) Nama penuh c) No Kad Pengenalan d) No telefon e) Alamat Rumah f) Emel |
|
Peringkat Akhir / Tahap 2 |
|
| 1) | 5 finalis dengan rakaman video terbaik akan dipilih oleh pihak TV9 (lihat terma dan syarat) |
| 2) | Para finalis perlu mengumpul undian video terbanyak untuk peluang memenangi peraduan ‘Dashboard Confessional Solo Acoustic Show’ (bermula 9hb sehingga 16hb Februari 2012) |
| 3) | Finalis yang mendapat undian paling tinggi akan dipilih sebagai pemenang peraduan ‘Dashboard Confessional Solo Acoustic Show’ ini |
Terma-terma dan Syarat:
| 1) | Solo atau berkumpulan, warganegara Malaysia |
| 2) | Peserta mesti berumur 18 tahun ke atas dan memiliki kad pengenalan dan/atau sijil lahir yang sah. |
| 3) | Video perlu dimuat-naik terlebih dahulu ke laman YouTube dan peserta perlu menghantar pautan video ke contest.tv9@gmail.com beserta butiran peribadi untuk menyertai peraduan ‘Dashboard Confessional Solo Acoustic Show’ |
| 4) | Rakaman video yang dihantar melalui cara lain selain daripada terma no 3 tidak akan dilayan. |
| 5) | Pemilihan 5 finalis dengan rakaman video terbaik oleh pihak penganjur (TV9) adalah muktamad |
| 6) | Pemenang dengan undian tertinggi akan diumumkan dalam rancangan Galaksi TV9 pada 17hb Februari, jam 9 malam dan rakaman video pemenang akan disiarkan melalui laman Facebook TV9 Di Hatiku |
| 7) | Pihak TV9 berhak menyiarkan kembali video penyertaan oleh kesemua peserta. |
| 8) | Pihak TV9 tidak akan menghantar hadiah secara pos dan pemenang perlu hadir menuntut hadiah di alamat seperti yang tertera di bawah:
Brand Management Group TV9 Tingkat 2, Sayap Utara, Sri Pentas, No.3 Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor |
| 9) | Pemenang juga akan dihubungi melalui emel. |

