CINTA JANGAN PERGI - EPISOD 3

Soraya tidak dapat menerima kenyataan ini, tak mungkin yang mati itu Kalilnya. Tetapi, JD dan El cuba meyakinkan Soraya yang gambar dari IC yang ditemui menyerupai Kalil. Soraya pergi ke tempat kejadian bersama JD dan El dan mereka diberitahu bahawa mayat mangsa masih belum ditemui.

Soraya juga akhirnya bertemu ibu bapa serta ibu tiri Kalil.JD memperkenalkan diri mereka sebagai teman Kalil. Seperti Soraya, ibu Kalil, Nora juga yakin Kalil masih hidup.

Shireen tiba-tiba muncul dalam keadaan histeria menerangkan yang Kalil telah pulang ke Malaysia bersamanya dan tertinggal sebuah beg kecil. Nora membuka beg tersebut dan di dalamnya turut menemui sebentuk cincin dan tertanya untuk siapakah cincin itu?

El menyuruh Soraya memberitahu Nora tentang hubungannya dengan Kalil tetapi Soraya pasti Kalil akan kembali untuk memberitahu sendiri kepada keluarganya.

Hari berganti bulan. Soraya bukan lagi Soraya yang dulu walaupun teman-teman serta ibunya cuba mengembirakannya.

Lily tidak berputus asa, dia menjemput temannya, Hasmah makan malam di rumah mereka. Anak Hasmah, Hud terus jatuh hati melihat Soraya.

Semenjak itu Hud cuba berbaik dengan Soraya namun setiap perbuatan dan usaha Hud hanya membuatkan Soraya seperti takut kepadanya.

Tonton Episod 3 di sini


CINTA JANGAN PERGI - EPISOD 4

Sebenarnya yang mengganggu fikiran Soraya adalah apa saja yang dilakukan dan diucapkan oleh Hud mempunyai banyak persamaan dengan Kalil. Terlintas juga di fikiran Soraya mungkin Kalil cuba menyampaikan pesanannya agar Soraya meneruskan hidup namun Soraya segera menganggapnya hanya kebetulan.

Pada suatu hari Hud datang ke rumah Lily. JD dan El cuba berbuat sesuatu agar Hud tidak menganggu Soraya lagi namun kedua-dua mereka menyenangi Hud setelah mengenalinya dengan lebih dekat, hanya Soraya yang masih cuba tidak mengendahkannya.

Usaha Hud tidak sia-sia kerana tidak lama selepas itu Soraya mula rapat dan selesa dengannya. Ini turut membuatkan Soraya merasa serba-salah.

Tonton Episod 4 di sini